Thursday, March 18, 2010

MEMORI

Senarai nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Bandar Pusat Jengka

1. Mohd Said Ngah ( 1974 - 1984 )
2. Shamsuddin Awang ( 1985 - 1987 )
3. Abdullah Idin ( 1987 - 1992 )
4. Md Chik Abdullah ( 1992 - 1996 )
5. A. Karim Manaf ( 1996 - 2006 )
6. Hamzah Mat Ali ( 2006 - Sekarang )



Senarai nama Yang DiPertua PIBG yang pernah berkhidmat di SK Bandar Pusat Jengka

1. Hamidin Abdullah ( 1974 - 1980 )
2. Hj Mohamad Sapak ( 1981 - 1987 )
3. Abd Karim Sadli ( 1988 - 1990 )
4. Subki Abi Hurairah ( 1991 - 1995 )
5. Abd Karim Sadli ( 1996 - 1997 )
6. Hj Hisamuddin Abd Rahman ( 1998 - 2003 )
7. Yaakub Salleh ( 2003 - 2004 )
8. Nasaruddin Abdullah ( 2004 - 2007 )
9. Musaniff Hj Abd Rahman ( 2007 - Sekarang )

Saturday, March 6, 2010

Borang permohonan menjadi ahli



Sila download dan cetak borang ini. Hantarkan borang yang lengkap beserta RM 10 dalam bentuk cek atau wang pos atas nama Pengerusi ( Musaniff bin Ab.Rahman )atau melalui maybank2u akaun no: 156141286432. sila sertakan bukti kemasukkan wang ke akaun beserta borang permohonan, ke alamat seperti yang dinyatakan pada borang permohonan.

Thursday, February 18, 2010

Penubuhan ALUMNI SK BANDAR PUSAT JENGKA berjaya



Pada 15hb Februari 2010 rasmilah Alumni SK Bandar Pusat Jengka ditubuhkan. Seramai 67 orang ahli telah mendaftar sebagai ahli. Turut sama di Majlis tersebut ialah Guru Besar SK Bandar Pusat.

Majlis bermula jam 9.30pagi dan berakhir jam 1.00petang. Berikut adalah AJK Alumni SK Bandar Pusat Jengka sesi 2010/2012

Pengerusi : Musaniff bin Ab.Rahman
Tim. Pengerusi : Shabedawati bt Daud

Ahli Jawatankuasa : Nor Azlan bin Abd Rashid
: Muhammad Adib Hafizi bin Muzahid
: Muzakkir Nizar Hanafi bin Abdullah
: Khaidir Azly bin Daharuddin
: Sabarina bt Mohamad
: Salasiah bt Ahmad
: Laila Hanim bt Nawawi
: Asramawati bt Mohd Tahir

Di dalam mesyuarat tersebut terdapat dua cadangan untuk dilaksanakan iaitu mengadakan majlis perjumpaan perdana pada 13hb September 2010. Majlis ini melibatkan pertemuan diantara bekas-bekas pelajar SKBPJ, bekas-bekas guru SKBPJ dan warga SKBPJ yang ada sekarang.

Cadangan kedua ialah mengadakan hari keluarga Alumni SKBPJ.

Walaupun tidak ramai dihadiri oleh kalangan bekas pelajar tahun 70an namun suasana meriah dan mengimbau kenangan lalu tetap dirasakan oleh ahli.

Pengerusi berharap agar semua bekas pelajar dan guru SKBPJ serta warga SKBPJ sekarang akan turut serta di Majlis Perjumpaan Perdana pada 13hb September 2010.

Sunday, December 27, 2009

MESYUARAT PENUBUHAN ALUMNI SK BANDAR PUSAT

Mesyuarat penubuhan Alumni SK Bandar Pusat akan di adakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut,


Tarikh : 15 Feb 2010 ( Isnin - cuti tahun baru cina )
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Foyer, SK Bandar Pusat

Semua bekas-bekas pelajar SK Bandar Pusat adalah dijemput hadir. Kepada sesiapa yang terbaca permakluman ini harap menghubungi kawan-kawan yang lain.

Kehadiran ramai dari kalangan bekas pelajar SK Bandar Pusat amatlah diharapkan.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui AJK Penaja Alumni SK Bandar Pusat. Pengerusi, Musaniff ( 019-937 8487 ) dan Setiausaha, Asramawati ( 019-927 7038 ).

Thursday, December 24, 2009

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat dikategorikan sebagai salah sebuah sekolah rendah harian di kawasan Bandar. Keluasan keseluruhan kawasan SK Bandar Pusat ialah 2.93 hektar yang meliputi sebuah bangunan 8 bilik darjah, sebuah kantin, tiga buah rumah guru didirikan di atas tanah kepunyaan LKWJ. Pada ketika itu, sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut dan sekarang di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Maran serta Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

SK Bandar Pusat telah dibuka dengan rasminya pada 07 Januari 1974. Bermula dengan 3 orang tenaga pengajar iaitu En.Mohd Said bin Ngah sebagai Guru Besar, Puan Kamariah Aman dan En.Raja Ismail bin Ahmad dan 29 orang murid iaitu 16 lelaki dan 13 perempuan.
Kini SK Bandar Pusat mempunyai 6 blok bangunan,sebuah kantin yang diubahsuai,makmal komputer,Pusat Akses,6 buah rumah guru dan sebuah bangunan Pra Pendidikan Khas . Sekarang SK Bandar Pusat mempunyai 54 orang tenaga pengajar dan 700 orang murid yang diterajui oleh En.Hamzah bin Mat Ali sebagai Guru Besar. SK Bandar Pusat telah dinaikkan taraf ke Gred A pada 01.01.1998.
Sekolah ini menerima murid daripada kawasan persekitaran yang berhampiran

1.Rantau Perintis
2. Matau
3. Taman Permatang Syah Bandar
4. Bandar Jengka
5. Rantau Perintis Tambahan

Monday, November 23, 2009

AJK PENAJA ALUMNI SK BANDAR PUSAT

PERSATUAN ALUMNI SK BANDAR PUSAT
ALAMAT: D/A B.O4 JALAN BAKTI
RANTAU PERINTIS
26400 BANDAR PUSAT JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
TEL : 019-9378487 ( PENGERUSI ), 019-9277038 (S/U)
FAX : 09-4663673
AJK : MUSANIFF AB.RAHMAN (PENGERUSI)
ASRAMAWATI TAHIR (S/U)
SHARIMAN HASHIM ( BENDAHARI )
AJK,
1. AHMAD ZAINURIN ZULKIFLI
2. HAMZAT AWANG
3. MUHAMAD ABD WAHAB
4. JOHARI ABD WAHID
5. SABRI HAMBARI
6. NORAFZAN MAT RASHID
7. WAN LENNY MASTURA WAN NGAH
8. SABARINA MUHAMAD
9. SALASIAH AHMAD
10. HANIZAH HAMDAN
Semua bekas pelajar SK Bandar adalah dipelawa menyertai Persatuan Alumni SK Bandar Pusat. Sila hubungi Setiausaha atau hantar surat seperti alamat yang dinyatakan.