Sunday, December 27, 2009

MESYUARAT PENUBUHAN ALUMNI SK BANDAR PUSAT

Mesyuarat penubuhan Alumni SK Bandar Pusat akan di adakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut,


Tarikh : 15 Feb 2010 ( Isnin - cuti tahun baru cina )
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Foyer, SK Bandar Pusat

Semua bekas-bekas pelajar SK Bandar Pusat adalah dijemput hadir. Kepada sesiapa yang terbaca permakluman ini harap menghubungi kawan-kawan yang lain.

Kehadiran ramai dari kalangan bekas pelajar SK Bandar Pusat amatlah diharapkan.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui AJK Penaja Alumni SK Bandar Pusat. Pengerusi, Musaniff ( 019-937 8487 ) dan Setiausaha, Asramawati ( 019-927 7038 ).

Thursday, December 24, 2009

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat dikategorikan sebagai salah sebuah sekolah rendah harian di kawasan Bandar. Keluasan keseluruhan kawasan SK Bandar Pusat ialah 2.93 hektar yang meliputi sebuah bangunan 8 bilik darjah, sebuah kantin, tiga buah rumah guru didirikan di atas tanah kepunyaan LKWJ. Pada ketika itu, sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut dan sekarang di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Maran serta Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

SK Bandar Pusat telah dibuka dengan rasminya pada 07 Januari 1974. Bermula dengan 3 orang tenaga pengajar iaitu En.Mohd Said bin Ngah sebagai Guru Besar, Puan Kamariah Aman dan En.Raja Ismail bin Ahmad dan 29 orang murid iaitu 16 lelaki dan 13 perempuan.
Kini SK Bandar Pusat mempunyai 6 blok bangunan,sebuah kantin yang diubahsuai,makmal komputer,Pusat Akses,6 buah rumah guru dan sebuah bangunan Pra Pendidikan Khas . Sekarang SK Bandar Pusat mempunyai 54 orang tenaga pengajar dan 700 orang murid yang diterajui oleh En.Hamzah bin Mat Ali sebagai Guru Besar. SK Bandar Pusat telah dinaikkan taraf ke Gred A pada 01.01.1998.
Sekolah ini menerima murid daripada kawasan persekitaran yang berhampiran

1.Rantau Perintis
2. Matau
3. Taman Permatang Syah Bandar
4. Bandar Jengka
5. Rantau Perintis Tambahan

Monday, November 23, 2009

AJK PENAJA ALUMNI SK BANDAR PUSAT

PERSATUAN ALUMNI SK BANDAR PUSAT
ALAMAT: D/A B.O4 JALAN BAKTI
RANTAU PERINTIS
26400 BANDAR PUSAT JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
TEL : 019-9378487 ( PENGERUSI ), 019-9277038 (S/U)
FAX : 09-4663673
AJK : MUSANIFF AB.RAHMAN (PENGERUSI)
ASRAMAWATI TAHIR (S/U)
SHARIMAN HASHIM ( BENDAHARI )
AJK,
1. AHMAD ZAINURIN ZULKIFLI
2. HAMZAT AWANG
3. MUHAMAD ABD WAHAB
4. JOHARI ABD WAHID
5. SABRI HAMBARI
6. NORAFZAN MAT RASHID
7. WAN LENNY MASTURA WAN NGAH
8. SABARINA MUHAMAD
9. SALASIAH AHMAD
10. HANIZAH HAMDAN
Semua bekas pelajar SK Bandar adalah dipelawa menyertai Persatuan Alumni SK Bandar Pusat. Sila hubungi Setiausaha atau hantar surat seperti alamat yang dinyatakan.